Gabenor Lowe Mahu Capai Sasaran Inflasi Dan Pertumbuhan Ekonomi Kukuh

81

Reserve Bank of Australia (RBA) melihat kenaikan positif dalam pasaran pekerjaan walaupun kenaikan kadar gaji masih terhad dengan hutang isirumah masih di paras tinggi memerlukan bank pusat kekal dengan kadar polisi rendah lebih lama, kata Gabenor Philip Lowe pada Rabu.

Petunjuk ekonomi yang lain secara umumnya semakin positif di mana keadaan perniagaan domestik melonjak pada suku kedua ke pars tertinggi sejak awal 2008. Peningkatan kadar gaji di paras 1.9%, walaubagaimanapun semakin perlahan sejak akhir-akhir ini.

Pergerakan perlahan kenaikan kadar gaji memberi tekanan kepada inflasi yang masih lagi berada di bawah sasaran bank pusat (2%-3%). Data yang dikeluarkan pada Rabu menunjukkan harga pengguna yang lemah pada suku kedua dengan kadar inflasi ketika ini di paras 1.8%.

“Kita tidak melihat kenaikan yang memberangsangkan pada kadar inflasi,” kata Lowe di Sydney.

“Keadaan yang menunjukkan pasaran pekerjaan mencipta banyak pekerjaan mengekalkan pengangguran di paras stabil dan membenarkan kita terus bersabar.”

“Sejak akhir-akhir ini, anda mungkin menyedari bahawa kami memberi perhatian kepada risiko dalam penyata imbangan isirumah (hutang). Hutang isirumah adalah tinggi dan meningkat dengan pantas melebihi peningkatan dalam pendapatan,” tambah Lowe.

“Kami mahu capai sasaran inflasi dalam lingkungan 2 hingga 3 peratus dari masa ke semasa. Kami mahu capai sasaran ini di samping menyokong pengukuhan pertumbuhan ekonomi.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat