Gabungan Parti Jerman: Matawang Euro Melonjak Ke Paras Tertinggi 3 Tahun Lalu

939

Matawang Euro melonjak ke paras tertinggi tiga tahun lalu pada Jumaat selepas parti konservatif Chancellor Jerman Angela Merkel dan Social Demokrat mencapai perjanjian awal dalam rundingan penggabungan parti bagi membentuk kerajaan.

Berita ini menjadi pemangkin baru selepas matawang Euro disokong oleh minit mesyuarat ECB yang hawkish pada Khamis.

Dalam awal dagangan sesi Eropah, matawang Euro sekali lagi mengukuh berbanding matawang-matawang utama yang lain. EUR/USD melonjak sehingga 86 pip sejak pukul 4 petang tadi apabila berita rundingan positif pembentukan kerajaan Jerman tersebar.

Selain daripada kenaikan pasangan matawang EUR/USD, matawang euro juga melonjak sehingga 120 pip berbanding Aussie dan 100 pip berbanding Kiwi.

Dalam masa dua hari saja, EUR/USD kini merekodkan kenaikan sehingga 200 pip dan berjaya menembusi paras harga signifikan 1.2000.

Media Jerman melaporkan rundingan antara Angela Merkel (konservatif) dan sosial demokrat berakhir dengan perjanjian untuk memulakan rundingan formal selepas pilihanraya pada September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat