Gagal Kekal Corak ‘Bullish’, GBP/USD Terjun 200 Pips!

521

Pada carta harga pasangan matawang GBP/USD, harga nampaknya menonjolkan aksi ngeri dengan terjunan ke dasar untuk menguji zon sokongan 1.35000.

Setelah mencatat penyusutan yang agresif menembusi paras 1.36000, pergerakan harga dilihat kembali bergerak perlahan dan berlegar-legar di zon sokongan 1.35000 bagi menanti pembukaan sesi Eropah.

Jika diteliti, harga telah mencatatkan penurunan harian sekitar 200 pips bermula pada awal sesi Eropah bersambung sehingga ke sesi New York semalam.

Selain pengukuhan US dolar, penurunan ketara tersebut juga didorong oleh penyusutan nilai Pound dalam pasaran yang dipengaruhi oleh lonjakan harga gas di UK.

Ucapan Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey akan turut menjadi tumpuan pelabur pada sesi New York malam ini untuk petunjuk arah pergerakan Pound selanjutnya.

Harga pada carta GBP/USD telah bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam untuk memberi petunjuk perubahan trend bearish.

Junaman ke zon sokongan 1.35000 itu turut memecahkan rekod paras terendah terbaharu sejak Januari setelah sekian lama disokong untuk kembali melonjak pada paras 1.36000.

Penurunan yang lebih rendah akan memacu harga pada carta GBP/USD turun ke paras sekitar 1.34000 yang merupakan zon rintangan yang diuji pada Ogos 2020 sebelum harga berjaya menembusi zon tersebut pada penghujung 2020 lalu.

Sekiranya lonjakan harga kembali tercetus, zon SBR (support become resistance) 1.36000 bakal menjadi zon yang akan diperhatikan oleh pelabur bagi memberi isyarat pergerakan berikutnya.

Peningkatan harga yang berjaya melepasi zon SBR 1.36000 dan meneruskan kenaikan yang lebih tinggi dijangka akan kembali menguji zon SBR 1.37000 yang menjadi tumpuan sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat