Gagal Kekalkan Kenaikan, EUR/USD Sambung Meluncur Lebih Rendah

262

Selepas bergerak lemah di awal minggu, US dolar kembali ‘tunjuk taring’ semula pada dagangan Selasa dengan pengukuhan yang dipamerkan.

Meneliti pasaran saham Amerika Syarikat (AS), penjualan saham-saham teknologi menjadi tumpuan dan meningkatkan sentimen berisiko pasaran sekaligus memberi kelebihan untuk mata wang safe-haven US dolar.

Selain itu, terdapat laporan bahawa kemungkinan untuk peningkatan kadar faedah di AS turut menjadi faktor menyokong mata wang utama tersebut susulan kenyataan oleh Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen memberikan pandangan untuk pengetatan polisi selepas tempoh pelonggaran yang agak panjang.

Namun, laporan data pekerjaan NFP AS pada Khamis ini bakal memberi petunjuk untuk keputusan bank pusat dalam menetapkan polisi.

Pengukuhan semula US dolar dilihat telah memberi tekanan kepada mata wang utama yang lain dalam pasaran termasuk Euro.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD kembali susut semula pada Selasa selepas memulakan dagangan awal minggu dengan kenaikan ke zon SBR (support become resistance) 1.20600.

Dagangan semalam menyaksikan harga kembali membuat penurunan sekitar 60 pips ke paras sokongan 1.2000 seperti yang dijangkakan pada analisis sebelum ini.

Harga pantul semula dari paras tersebut namun gagal untuk melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Jika harga tetap bergerak di bawah halangan MA50 tersebut, jangkaan untuk harga meneruskan penurunan di bawah paras sokongan 1.2000 untuk menuju pula ke zon support 1.19000.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak semula, zon SBR 1.20600-1.20900 akan kembali menjadi untuk diuji harga.

Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut seterusnya akan mensasarkan kembali paras rintangan pada 1.21500 yang dicapai pada penghujung April.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat