Gagal Kekalkan Kenaikan, USD/JPY Papar Corak Penurunan Harga Sepanjang Minggu

642

Setelah berjaya melonjak sehingga 120 pips pada Isnin untuk permulaan dagangan minggu ini, harga pada carta pasangan matawang USD/JPY kemudiannya telah mempamerkan corak penurunan harga semula sehingga menuju penghujung minggu.

Dagangan Yen dilihat bergerak sedikit kukuh berbanding US dolar pada minggu ini dengan sentimen pasaran yang agak berisiko.

Pembukaan semula ekonomi oleh negara-negara ekonomi utama dunia sedang dilaksanakan namun terdapat juga kebimbangan bahawa gelombang baru penularan wabak pandamik Coronavirus akan kembali melanda.

Kenyataan oleh Gabenor bank pusat Jepun, Haruhiko Kuroda bahawa bank pusat tidak melihat untuk keputusan menurunkan kadar faedah lebih rendah dalam masa yang terdekat ini, turut menyokong dagangan Yen untuk bergerak lebih stabil dalam pasaran.

Pergerakan harga pada carta USD/JPY dijangka akan meneruskan lagi penurunan jika US dolar terus bergerak lemah menjelang data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat yang akan diterbitkan pada sesi pasaran New York.

Harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga memberi isyarat trend masih bearish dan cenderung membuat penurunan.

Memulakan dagangan hari ini dengan bergerak lebih rendah di bawah paras 107.00, harga dilihat menguji paras support 106.800 yang diuji pada penurunan semalam.

Penurunan lebih rendah harga dilihat akan menuju paras tumpuan pada 106.400 dan kemudiannya pada 106.200.

Penurunan yang diteruskan bakal menguji semula zon support utama pada paras tumpuan 106.00.

Namun jika harga kembali bergerak membuat kenaikan lebih tinggi semula dari paras 107.00, paras halangan MA50 akan diuji sebelum harga memberi isyarat perubahan trend.

Kenaikan lebih tinggi akan menguji zon SBR (support become resistance) pada 107.300 sebelum kembali menuju ke paras ketinggian yang dicapai pada awal minggu sekitar 107.770.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat