Gagal Lepas Zon Pariti $1.000, EUR/USD Terjun Semula 150 Pips

140

Selepas memaparkan pergerakan suram sejak awal minggu, US dolar mula menunjukkan corak pengukuhan semula pada dagangan Rabu semalam.

Menyokong pengukuhan US dolar, laporan data pekerjaan ADP NFP di Amerika Syarikat (AS) yang mengukur sektor swasta berserta data tinjauan sektor perkhidmatan AS, kedua-duanya diterbitkan dengan bacaan yang positif.

US dolar telah menunjukkan pengukuhan bermula pada sesi Eropah sehingga data-data diterbitkan di awal sesi New York, namun kembali mengendurkan momentum di penghujung sesi semula.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, terdapat isyarat awal untuk perubahan trend harga selepas kenaikan pada Selasa lalu tidak berjaya untuk menembusi rintangan pada zon pariti 1.0000.

Penurunan harian dicatatkan sekitar 150 pips pada Rabu semalam ke paras sekitar 0.98400 dan dilihat harga telah susut di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD di sesi New York semalam.

Ada peningkatan semula harga di penghujung sesi bersambung pada awal sesi Asia pagi ini (Khamis), namun menyaksikan harga menguji halangan MA50.

Menjelang terbitan laporan data pekerjaan NFP AS pada Jumaat, pelabur akan berjaga-jaga dengan pergerakan harga yang tak menentu.

Sekiranya penurunan harga diteruskan lagi di bawah paras 0.98800, berkemungkinan harga akan turut mengatasi paras terendah harian semalam sebelum menguji pula paras sekitar 0.98000.

Menyambung penurunan lebih rendah selepas isyarat trend bearish yang lebih jelas, harga dilihat bakal mencecah semula ke sekitar 0.97000.

Namun, jika penyusutan US dolar masih berterusan lagi, harga berpotensi untuk menyambung kenaikan semula dan menguji rintangan pada zon pariti 1.0000 sekali lagi.

Berjaya melepasi rintangan tersebut akan lebih positif buat harga meneruskan kenaikan dengan sasaran menuju ke sekitar zon tumpuan 1.01000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat