Gagal Lepasi Paras Resistance 1.11800, EUR/USD Pamer Penurunan Harga

358

Pelabur melihat sentimen pasaran pada minggu ini semakin berisiko berikutan ketidakpastian pada isu Brexit dan juga rundingan dagang AS-China.

Amerika Syarikat berkemungkinan tidak akan berjaya menyempurnakan teks perjanjian fasa satu di persidangan APEC di Chile dalam beberapa minggu. Sentimen berisiko bakal dimanfaatkan oleh matawang safe-haven dan komoditi.

Di Britain, setelah undian tidak memihak kepada PM Boris Johnson, beliau akan berunding bersama para pemimpin EU untuk kelulusan lanjutan penangguhan sehingga 31 Januari 2020 di mana akan memberikan masa untuk pilihanraya diadakan pada awal Disember.

Ketidaktentuan yang menekan dagangan Pound turut memberi tekanan terhadap matawang dolar Euro dalam pasaran.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD dilihat telah mula menunjukkan penurunan semalam setelah mencapai paras ketinggian pada 1.11800 pada Isnin lalu.

Secara teknikal, harga telah bergerak di bawah paras Moving Average 50 (MA50) dan turun lebih rendah dari zon SBR (support become resistance) pada 1.11400.

Pergerakan harga sejak awal sesi Asia hari ini pula dilihat perlahan dan menunjukkan sedikit penurunan sehingga bersambung ke sesi pasaran Eropah.

Berkemungkinan harga akan membuat kenaikan menguji zon SBR 1.11400 sebelum meneruskan penurunan dan cuba melepasi paras penting pada 1.11100.

Tekanan terhadap dagangan Euro akan melihatkan harga meneruskan penurunan sehingga ke paras 1.10600 untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut. Penurunan lebih rendah bakal menuju pula ke paras sekitar 1.10000.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan, paras resistance pada ketinggian 1.11800 bakal diuji untuk harga meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi menuju ke paras 1.12000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat