Gagal Pujuk Arab Saudi, Amerika Bawa Haluan Sendiri!

468

Selepas gagal memujuk Arab Saudi untuk menangguhkan pengeluaran minyak OPEC, Amerika Syarikat dikatakan akan melepaskan minyak daripada rizab kecemasannya.

Dengan jangkaan pelepasan sekurang-kurangnya 10 juta hingga 15 juta tong, pentadbiran Biden dijangka akan membuat pengumuman mengenainya pada minggu ini.

Langkah ini bertujuan untuk mengimbangi pasaran dan mengekalkan harga petrol daripada terus meningkat.

Terdahulu, Amerika Syarikat telah meminta pemimpin OPEC, Arab Saudi untuk menangguhkan keputusan pengeluaran minyaknya selama sebulan.

Bagaimanapun, permintaan tersebut ditolak Arab Saudi yang mengatakan tindakan tersebut boleh membawa kesan negatif kepada ekonomi.

Dalam pada itu, AS juga dikatakan akan memberikan butiran mengenai rancangan untuk mengisi semula stok kecemasan.

Jabatan Tenaga mengumumkan pada Mei bahawa ia merancang kaedah pembelian balik baharu untuk membolehkan proses bidaan harga tetap yang kompetitif.

Terdahulu, Amerika Syarikat telah meminta pemimpin OPEC, Arab Saudi untuk menangguhkan keputusan pengeluaran minyaknya selama sebulan.

Bagaimanapun, permintaan tersebut ditolak Arab Saudi yang mengatakan tindakan tersebut boleh membawa kesan negatif kepada ekonomi.

Ketika penulisan, niaga hadapan minyak Brent didagangkan stabil pada sekitar harga $92 setong dan WTI Amerika Syarikat pula sedikit berubah pada $86 setong.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat