Gagal Tembus $ 60,000! Kemanakah Hala Tuju Bitcoin?

1,096

Pasaran pada hari ini menyaksikan Bitcoin telah jatuh lebih daripada 4% pada hari Rabu kerana beberapa percubaan gagal melepasi rintangan paras harga $ 60,000. Justeru ramai para pelabur lebih memilih untuk menjual pegangan mereka bila harga meningkat hampir ke paras harga tersebut dan dalam masa yang sama matawang kripto lain seperti ethereum, litecoin, dan XRP, masing-masing turun 6%, 8% dan 13% pada pagi Rabu.

Walaupun terdapat bolak balik dalam bitcoin pada hari Rabu, institusi dan syarikat telah mendorong lebih banyak permintaan matawang kripto. Hal ini telah membantu meningkatkan nilai pasaran crypto secara keseluruhan kepada nilai pasaran lebih dari $ 2 trilion.

MicroStrategy terus menambahkan pegangan bitcoin dengan pemain Wall Street seperti Goldman Sachs dan Morgan Stanley membolehkan pelanggannya membeli bitcoin. Selain itu, syarikat-syarikat utama seperti PayPal, Mastercard, Starbucks, dan Tesla menerima bitcoin sebagai bentuk pembayaran .

Penganalisis berpendapat, penembusan rintangan $ 60,000 akan mendorong Coinbase membuka akses kepada orang awam seperti yang dirancang iaitu pada 14 April ini. Dalam pengajuan S-1, Coinbase mengatakan bahawa pulangan hasil pada masa depan adalah sukar untuk diramal kerana volatiliti yang melampau dalam pasaran kripto.

Atas dasar itu JPMorgan berpendapat pengurangan volatiliti dalam bitcoin akan memacu keuntungan yang lebih besar dan mereka menjangkakan harga Bitcoin akan melonjak ke paras harga $ 130,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat