Gamuda Bhd Jadi Saham Rebutan!

466

Pelabur menyambut baik pengumuman Gamuda Bhd mengenai pengambilalihan perniagaan projek pengangkutan Australia pada hari Rabu.

Impaknya, saham Gamuda melonjak tinggi pada dagangan hari ini dengan diniagakan kukuh pada RM4.32 selepas menokok 25 sen atau 6.16%, dengan nilai pasaran RM11.30 bilion (setakat jam 12.00 tengah hari).

Terdahulu, anak syarikat milik penuhnya Australia DR Infrastructure Pty Ltd diumumkan telah mengambil alih perniagaan Projek Pengangkutan Downer (DTP) dengan nilai perusahaan A$212 juta (RM636 juta).

DTP menyediakan perkhidmatan pembinaan awam dalam menyampaikan projek pengangkutan dengan pengkhususan dalam rel.

MIDF Research mengatakan perolehan itu menepati matlamat jangka panjang Gamuda untuk mengukuhkan kedudukannya di negara ini.

Ini kerana, DTP juga pakar dalam infrastruktur landasan, penyelenggaran rel dan pembinaan jalan dan jambatan, serta kebanyakan pelanggannya juga biasanya dari kerajaan.

Justeru, firma penyelidikan itu menaikkan harga sasaran (TP) buat saham Gamuda kepada RM5.04 daripada RM4.67 sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat