Gamuda Cipta Sejarah, Saham Meroket!

308

Gamuda Berhad mencipta sejarah tersendiri dengan merekod keuntungan bersih tertinggi sepanjang masa sebanyak RM1.17 bilion pada suku pertama berakhir 31 Oktober 2022 bagi tahun kewangan 2023.

Ini adalah kenaikan tertinggi pernah dicatatkan syarikat itu berbanding RM152.37 juta setahun lalu.

Pemacu utama kepada lonjakan ini adalah keuntungan tunai one-off sebanyak RM1 bilion daripada penjualan empat lebuh raya yang berjaya disiapkan pada Oktober 2022.

Rentetan itu saham Gamuda dibuka lebih tinggi pada pembukaan pasaran hari ini, di mana setakat jam 4.10 petang, ia meningkat 2.2% pada RM3.69 dengan jumlah dagangan 6.49 juta.

Mencerap semula pengumuman yang dibuat pada Jumaat lalu, syarikat kejuruteraan, hartanah dan infrastruktur itu mencatat lonjakan 90% dalam hasilnya kepada RM1.31 bilion daripada RM687.93 juta.

Dalam pada itu, Gamuda mengunjurkan pencapaian tahun ini bakal didorong oleh jualan hartanah, peningkatan dalam kemajuan kerja Sydney Metro West (Pakej Terowong Barat dan projek Pintasan Coffs Harbour di Australia).

Ia juga berusaha untuk menyiapkan projek MRT Laluan Putrajaya berikutan penjualan empat lembuh raya kepada Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd pada Oktober 2022.

Melangkah ke hadapan, ia berkata daya tahan kumpulan itu disokong oleh buku pesanan pembinaannya yang besar berjumlah hampir RM15 bilion dan jualan hartanah yang tidak dibilkan hampir RM6 bilion.

Tambahan daripada itu, Gamuda mengisytiharkan dividen interim sebanyak enam sen sesaham biasa bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat