Gara-gara EU, Minyak Mentah Kembali Mengganas!

15,037

Minyak mentah terus mencatat keuntungan selepas pemimpin Kesatuan Eropah (EU) bersetuju untuk mengenakan sekatan ke atas kebanyakan import minyak dari Rusia.

Penanda aras global Brent mendahului pada $122 setong pada sesi Asia, manakala WTI Amerika Syarikat pula mengukuh pada $118 setong sekali gus meletakkan kedua-dua dagangan menyentuh paras ketinggian dua bulan.

Kebuntuan antara EU dan Hungary akhirnya terlerai selepas para pemimpin bersetuju untuk menyekat minyak Rusia yang dihantar melalui laut dan memberi pengecualian sementara kepada penghantaran melalui saluran paip untuk Hungary.

Ini akan menjadikan sekitar 90% yang diimport EU dari Rusia akan dikenakan embargo memandangkan Jerman dan Poland secara sukarela bersedia untuk mengurangkan pembelian dan akan menghentikannya menjelang akhir tahun ini.

Langkah ini akan menambahkan lagi tekanan buat bekalan minyak global yang sudah sedia ketat di tengah-tengah permintaan yang meningkat.

Harga minyak sebelum ini telah meraih sokongan daripada musim pemanduan di Amerika Syarikat dan rancangan China untuk melonggarkan sekatan Covid-19 di bandar-bandar utama, khususnya Shanghai.

Dengan prospek terhadap pemulihan permintaan global yang kuat, pasaran minyak dijangka akan terus dalam tekanan ekoran kekurangan bekalan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat