Gara-gara Ini, RBA Mungkin Batalkan ‘Tapering’!

267

Minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) yang dikeluarkan pada hari Selasa telah mengheret matawang dolar Aussie jatuh lebih parah selepas ia menjelaskan bahawa mereka tidak melihat kenaikan kadar faedah akan berlaku sebelum 2024.

Sebaliknya, langkah penutupan yang berlanjutan di Sydney dan Melbourne membuatkan beberapa ahli ekonomi melihat bahawa RBA akan menarik semula rancangan untuk pengurangan pembelian bon (tapering) seperti yang diumumkan pada mesyuarat polisi awal bulan ini.

Keyakinan para pembuat dasar terhadap ekonomi sebelum ini, telah mendorong RBA untuk mengurangkan kadar pembelian kepada A$4 bilion seminggu sehingga sekurang-kurangnya pertengahan November daripada tahap semasa A$5 bilion.

Bagaimanapun, sejak pengumuman itu, 50% daripada penduduk negara terpaksa menjalani perintah berkurung disebabkan penularan varian virus Delta yang sangat cepat dan mendorong peningkatan kes yang tinggi di negara itu.

Sekiranya RBA tidak akan menarik semula rancangan pengurangan tersebut, tetapi pandangan mereka mungkin akan lebih berhati-hati atau menekankan perlunya rangsangan berterusan.

Dalam pada itu, kesan daripada pelaksanaan sekatan di Sydney, mula dipamerkan daripada bacaan data ekonomi yang diterbitkan pada sesi Asia hari ini di mana anggaran awal jualan runcit Australia dilaporkan jatuh 1.8% pada bulan Julai berbanding jangkaan penurunan 0.4%.

Ini meletakkan dagangan dolar Aussie terus dibawah tekanan pada paras terendah lapan bulan berbanding US dolar pada sesi Asia hari ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat