Gara-gara USD Mengganas, Emas Terjun Bebas

665

Emas terus didagangkan di bawah tekanan dengan berlegar di sekitar paras harga $1,900 per auns yang terkesan oleh pengukuhan US dolar yang hampir mencecah paras tertinggi enam minggu.

Pada sesi Asia, spot emas susut pada $1,908 per auns, sementara niaga hadapan emas didagangkan pada $1,914 per auns (10.45 pagi waktu Malaysia).

Logam berharga itu sebelum ini menjunam lebih 3% ke paras terendah lebih satu bulan $1,882 per auns menyusuli kekuatan US dolar di tengah-tengah sentimen pasaran risk-off dan kejatuhan ketara dalam pasaran saham global.

Namun, disebabkan kebimbangan terbaru terhadap gelombang kedua Covid-19 di Eropah serta kemungkinan lebih banyak sekatan akan dikenakan semula telah menghalang dagangan emas untuk jatuh lebih rendah dan membawanya kembali ke atas paras harga $1,900.

Setakat ini, logam kuning itu telah mencatatkan penurunan hampir 10% daripada paras tertinggi sepanjang masa $2,075 per auns yang dicapainya pada 6 Ogos berikutan kekurangan lanjutan langkah rangsangan daripada bank pusat dan kerajaan AS.

Walaupun telah berminggu-minggu berbincang mengenai rangsangan coronavirus baru, namun Kongres AS masih menemui jalan buntu berhubung berapa besar jumlah dan bagaimana ia akan dilaksanakan.

Pelabur kini menantikan ucapan daripada pembuat dasar Federal Reserve, termasuk Pengerusi Jerome Powell yang akan memberi keterangan di hadapan Kongres AS pada minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat