Gawat! Euro Parah Dibadai Perang Rusia-Ukraine

2,119

Pasaran terus berdarah pada permulaan dagangan awal minggu, menyaksikan mata wang euro tenggelam ke paras terendah hampir dua tahun berbanding US dolar berikutan perang di Ukraine yang semakin buruk.

Euro menjunam ke sekitar harga 1.0800 berbanding USD pada awal sesi Asia, terendah sejak Mei 2020. Sementara berbanding swiss franc pula ia jatuh pada sekitar harga 0.9982, buat kali pertama sejak Swiss berhenti tambatan euro pada 2015.

Krisis Rusia dan Ukraine terus menjadi faktor utama kepada sentimen berisiko. Sekatan ekonomi yang dikenakan terhadap Moscow perlahan-lahan mula dirasai oleh Eropah yang sebahagian besarnya bergantung pada produk import dari negara itu.

Ini juga dibimbangi akan mencetuskan kejutan terhadap ekonomi Eropah dan mendorong inflasi lebih parah kerana lonjakan harga komoditi dunia, terutama kos tenaga yang semakin tidak dapat dibendung sejak perang bermula.

Harga minyak mentah dunia melonjak ke paras tertinggi sejak 2008 pada sesi Asia hari ini berikutan kebimbangan terhadap kekangan dalam bekalan dunia.

Selain itu, euro turut terkesan dengan pengukuhan US dolar susulan laporan NFP Amerika Syarikat yang menunjukkan pertambahan pekerjaan lebih kuat dari dijangkakan pada bulan Februari, dengan kadar pengangguran terus turun ke sekitar tahap pra-pandemik.

Dengan angka pekerjaan yang baik, ini sekali gus meningkatkan lagi keyakinan pelabur untuk melihat Federal Reserve (Fed) menaikkan kadar faedah lebih agresif pada mesyuarat polisi FOMC yang akan berlangsung minggu depan.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan paling kukuh pada paras tertinggi sejak Mei 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat