GBB/JPY Melonjak Ke Paras Ketinggian Terbaru!

770

Jika anda perhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY, dagangan minggu lalu melihatkan harga menguji beberapa kali paras ketinggian 139.200 namun gagal menembusinya.

Paras tersebut juga jika diteliti merupakan zon SBR (support become resistance) pada carta GBP/JPY yang menjadi tumpuan harga sebelum ini.

Namun pada dagangan minggu ini, harga telah berjaya tembus lebih tinggi dari paras ketinggian tersebut dan kenaikan harga masih lagi diteruskan sehingga dagangan hari ini (Khamis).

Apa yang membuatkan kenaikan harga tersebut?

Pandangan penganalisis terhadap matawang Pound masih kekal berisiko disebabkan data-data ekonomi UK yang mengecewakan.

Paling membimbangkan apabila bacaan data pertumbuhan ekonomi UK untuk suku kedua merekodkan penguncupan terbesar dan memberi petunjuk bahawa ekonomi telah berada dalam tempoh kemelesetan.

Faktor yang lebih kukuh bagi kenaikan harga di carta GBP/JPY adalah disebabkan penyusutan nilai Yen Jepun sebagai matawang safe-haven.

Hal ini adalah susulan situasi pasaran terkini yang sedang disuntik dengan keyakinan terhadap perkembangan positif penghasilan vaksin Coronavirus.

Rusia mencetuskan tarikan dengan pendaftaran vaksin yang pertama di dunia dengan pendedahan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin bahawa anak beliau sendiri telah mengambil vaksi tersebut.

Namun, siasatan masih diteruskan untuk benar-benar mengesahkan bahawa vaksin tersebut selamat untuk digunakan sebelum dihasilkan secara besar-besaran.

Jika sentimen kekal positif dan Yen kekal lemah, dagangan GBP/JPY bakal meneruskan kenaikan lebih tinggi menuju paras 141.200 yang merupakan zon SBR pada dagangan sebelum ini.

Namun jika harga kembali turun semula di bawah paras 139.200 dan melepasi semula paras sokongan Moving Average 50 (MA50), penurunan dijangka akan kembali ke paras sokongan sekitar 137.700.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat