GBP/AUD Antara Pasangan Matawang Pilihan Dagangan Hari Ini

635

Pound Sterling kembali didagangkan lemah selepas perkembangan pada rundingan Brexit sedikit kurang menyenangkan. Sebelum ini, perkembangan positif daripada parti pembangkang yang menyokong Brexit untuk diselesaikan dengan segera berjaya melonjakkan dagangan GBP dalam pasaran.

Namun laporan terbaru mengatakan parti pembangkang buruh telah mendakwa bahawa Perdana Menteri Britain Theresa May membocorkan maklumat perbincangan sekaligus merisikokan rundingan tersebut.

Manakala, matawang dolar Australia pula kembali mengukuh pada penghujung sesi Asia hari ini setelah bank pusat Australia telah mengumumkan keputusan mesyuarat dasar monetari untuk bulan Mei di mana kadar faedah masih dikekalkan di paras 1.50% seperti sebelum ini.

Aussie kembali didagangkan kukuh selepas mengalami penurunan sebelum ini terkesan oleh ancaman Presiden Donald Trump untuk menaikkan kadar tarif barangan China yang membuatkan sentimen pasaran kembali berisiko.

Namun, kadar faedah yang dikekalkan oleh bank pusat Australia melonjakkan kembali dagangan Aussie selepas jangkaan pasaran bahawa kadar faedah pada mesyuarat kali ini diturunkan adalah meleset sama sekali.

Dengan itu, pasangan matawang GBP/AUD dilihat antara padanan matawang yang sesuai untuk dagangan hari ini. Jika diperhatikan pergerakan harga pada pasangan matawang tersebut, harga yang mencatatkan paras ketinggian semasa pada dagangan semalam mula menunjukkan corak penurunan harga.

Dagangan hari ini melihatkan harga menyentuh paras Magic Pivot 1.8770 sebelum menjunam sehingga ke paras support 1.8659 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Jika harga terus membuat penurunan, harga akan menuju pula ke paras support 1.8587 (MagicS2) yang berada pada zon RBS (resistance become support) untuk cuba menembusi paras tersebut sebelum terus turun ke paras lebih rendah.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras Magic Pivot hari ini bakal diuji harga sebelum harga meneruskan kenaikan lebih tinggi untuk mengatasi paras ketinggian sebelum ini di sekitar resistance 1.88800.

Lihat gambar chart pasangan matawang di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.

Paras support: 1.8659, 1.8587, 1.8476.

Paras resistance: 1.8842, 1.8954, 1.9026.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat