GBP Jadi Tumpuan Menjelang Belanjawan UK

519

Pasaran agak tenang pada hari Rabu di tengah-tengah penyusutan US dolar disebabkan hasil bon AS 10 tahun yang kembali stabil di sekitar tahap 1.4%, setelah susut dari tahap tertinggi satu tahun yang dicatatkan minggu lalu, 1.6%.

Penerbitan data pekerjaan ADP dan laporan PMI perkhidmatan AS pada malam ini akan menjadi tumpuan utama pasaran, selain belanjawan UK yang juga akan dibentangkan hari ini oleh Menteri Kewangan Rishi Sunak.

Data pekerjaan ADP yang dijangka mencatatkan peningkatan 177,000 pekerjaan di sektor swasta pada bulan Februari, akan dijadikan petunjuk kepada bacaan rasmi NFP yang akan diterbitkan pada hari Jumaat.

Sementara indeks PMI perkhidmatan tinjauan ISM pula diramalkan bertahan pada 58.7, tetapi menunjukkan perlambatan dalam pengambilan pekerja.

Pasaran turut menantikan perkembangan mengenai pakej rangsangan $1.9 trilion yang dilaporkan akan diundi pada minggu ini oleh Senat. Presiden Joe Biden mendesak Senat untuk meluluskan rang undang-undang tersebut tanpa membuat perubahan.

Matawang pound diniagakan meningkat ketika Rishi Sunak bersedia untuk membentangkan bajet belanjawan untuk Britain yang berkemungkinan akan merangkumi lanjutan skim subsidi pekerjaan sehingga September.

Dalam pada itu, euro didagangkan stabil menghampiri paras harga 1.21000 berbanding US dolar setelah memaparkan kenaikan pada awal dagangan sesi Asia. Jerman dijangka akan melanjutkan sekatan coronavirus terkini sehingga akhir Mac, sementara Itali pula mempertimbangkan untuk mengekalkan sekatan sehingga awal April.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat