GBP/JPY Bakal Teruskan Penurunan Lebih Rendah Minggu Ini?

440

Dagangan Pound Sterling kekal berisiko memasuki tahun 2020 berikutan pelabur masih berwaspada menantikan perkembangan terbaru berhubung isu Brexit.

Kebimbangan tercetus oleh keraguan untuk perjanjian perdagangan Britain bersama Kesatuan Eropah (EU) mampu dicapai pada penghujung tahun 2020 dengan tempoh masa yang dilihat agak singkat.

Masih tiada perkembangan terbaru Brexit dilaporkan sementara tumpuan dunia waktu ini terarah pada ketegangan di Timur Tengah susulan insiden serangan udara di Baghdad yang mengorbankan nyawa Jeneral Qasem Soleimani.

Sentimen pasaran yang berisiko telah mengukuhkan dagangan Yen Jepun berikutan permintaan terhadap aset safe-haven meningkat. Risiko dijangka akan berlarutan setelah kedua-dua negara Iran dan Amerika Syarikat saling berbalas amaran.

Diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY, harga telah menunjukkan penurunan pada penghujung minggu yang lalu dari paras 144.000.

Dengan Pound yang berisiko dan Yen yang mengukuh, harga telah membuat penurunan menguji zon support 141.200 yang diuji pada dagangan Disember lalu. Harga mencecah paras terendah sekitar 141.000 sebelum menutup dagangan minggu lalu di paras sekitarnya.

Memulakan dagangan pada minggu ini, harga dibuka lebih rendah pada sesi Asia dan mencecah paras sekitar 140.800 sebelum kembali membuat sedikit kenaikan untuk diniagakan sekitar 50 pips lebih tinggi sehingga memasuki sesi Eropah.

Harga masih berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) yang menunjukkan trend bearish pada dagangan GBP/JPY.

Jika penurunan harga diteruskan, paras-paras tumpuan pada dagangan Disember dan Oktober lalu akan menjadi destinasi penurunan harga.

Zon RBS (resistance become support) pada 139.200 bakal diberi tumpuan oleh pelabur dengan penurunan sekitar 200 pips lebih rendah ke paras tersebut.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras tumpuan sekitar 142.000 akan diuji begitu juga halangan dinamik MA50.

Kenaikan lebih tinggi dari paras tersebut berkemungkinan memberi isyarat perubahan trend dan zon SBR (support become resistance) pada 142.600 akan ditembusi harga.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat