GBP/JPY Bakal Tuju Paras Rintangan Pada September 2020

613

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/JPY dilihat kembali menyambung kenaikan semula pada sesi Eropah hari ini selepas menyaksikan sedikit penyusutan oleh Pound Sterling pada sesi New York semalam.

Pound masih disokong oleh sentimen polisi bank pusat di mana Gabenor Bank of England (BOE) telah memberi isyarat untuk tidak melaksanakan kadar faedah negatif dalam masa terdekat ini.

Ini menjadi faktor menyokong pengukuhan Pound pada minggu ini walaupun ekonomi UK sedang berdepan dengan langkah sekatan pergerakan bagi membendung penularan jangkitan virus.

Sementara mata wang Yen Jepun pula berisiko untuk mengalami penyusutan selepas Menteri Ekonomi Jepun, Yasutoshi Nishimura memaklumkan bahawa tempoh darurat COVID-19 di Jepun akan dilanjutkan bergantung kepada perkembangan angka jangkitan virus.

Harga pada carta GBP/JPY menunjukkan trend bullish selepas lonjakan pada minggu ini melepasi paras rintangan 141.200 dengan paras ketinggian terbaru dicapai semalam pada sekitar 142.200.

Penurunan yang dipamerkan pada sesi New York semalam masih belum melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam harga yang menyokong harga untuk meningkat semula pada dagangan hari ini.

Paras ketinggian semalam diuji sekali lagi pada sesi Eropah dengan jangkaan kenaikan akan diteruskan menuju paras 142.700.

Paras tersebut merupakan zon resistance harga yang diuji pada September tahun lalu namun gagal ditembusi harga sebelum berlaku penurunan semula.

Namun jika harga kembali menjunam semula, zon RBS (resistance become support) 141.500-141.200 akan diuji semula.

Penurunan lebih rendah melepasi zon tersebut akan mendorong harga menuju paras tumpuan 140.200 dan seterusnya zon harga 139.600.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat