GBP/JPY Berehat Dari Penurunan, Isyarat ‘Bullish’ Menjelang Mesyuarat BOE?

194

Dagangan Pound mula menunjukkan sedikit pemulihan berbanding prestasi suram sejak minggu lalu sementara pelabur kini sedang menantikan pula keputusan mesyuarat bank pusat England selepas keputusan mesyuarat FOMC menjadi tumpuan awal pagi tadi.

Bank of England (BOE) dijangka bakal meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat polisi kali ini.

Situasi ini dilihat bakal menyokong pengukuhan semula Pound selepas mata wang Britain itu turut menerima tekanan laporan data pekerjaan UK yang diterbitkan pada Selasa lalu dengan bacaan yang kurang memberangsangkan.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/JPY, harga dilihat telah mula menunjukkan corak peningkatan semula harga selepas mendatar pada zon sokongan harga 162.00.

Mata wang Yen dijangkakan untuk terus bergerak suram dalam pasaran susulan tindakan bank pusat Jepun yang ingin mengekalkan pelonggaran dasarnya, memilih untuk tidak mengikuti jejak langkah bank-bank pusat utama lain yang telah beralih ke fasa pengetatan.

Corak peningkatan harga yang dipapar pada carta GBP/JPY semalam dilihat lebih perlahan berbanding penurunan yang telah berlaku sejak minggu lalu, namun pelabur tidak menolak sebagai isyarat awal untuk perubahan trend harga.

Kenaikan harga pada sesi New York semalam dilihat telah melepasi paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dan memberi jangkaan potensi untuk kenaikan harga lebih tinggi.

Sekiranya kenaikan harga berjaya dikekalkan hari ini, harga dilihat akan menguji rintangan pada 164.500 sebelum lonjakan seterusnya bakal mensasarkan semula ketinggian pada zon 168.700 yang dicapai pada minggu lalu.

Sebaliknya jika penurunan harga berlanjutan lagi menuju dagangan penghujung minggu ini, harga berkemungkinan susut lebih rendah di bawah zon 162.00 untuk memberi isyarat menyambung trend bearish sebelum ini.

Penurunan harga yang diteruskan dilihat boleh mencecah sehingga ke paras 157.700 sekiranya US dolar berjaya mengukuh semula dan menekan harga lebih rendah.

Lihat gambar carta harga GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat