GBP/JPY Berjaya Catat Kenaikan Walau Dibebani Isu Brexit

0 425

Pelabur memberi fokus pada pasangan matawang GBP/JPY berikutan pergerakan menarik harga dipamerkan dengan gabungan teknikal analisis beserta faktor fundamental dan sentimen pasaran yang memacu pergerakan harga.

Pound Sterling mencatatkan kenaikan untuk beberapa ketika pada sesi Eropah semalam dengan laporan bahawa Kesatuan Eropah (EU) memberi respon positif terhadap rundingan Brexit dengan persediaan konsesi terbaru bersama Britain.

Namun, laporan yang menyusul kemudiannya telah menyebabkan dagangan Sterling kembali melemah ekoran konsesi EU tersebut telah ditolak oleh Parti Kesatuan Demokratik Ireland Utara.

Perdana Menteri UK Boris Johnson dilaporkan bakal bertemu rakan pemimpinnya dari Ireland, Leo Varadkar untuk mencari jalan terhadap kebuntuan isu Brexit tersebut.

Diperhatikan pergerakan harga pada carta GBP/JPY, harga telah mencatatkan kenaikan ke paras ketinggian 131.800 semalam selepas laporan konsesi Eu. Namun, harga kembali menunjukkan penurunan semula bersambung ke sesi dagangan Asia pagi ini.

Penurunan yang mencecah paras 130.720 itu kemudiannya telah kembali mencatatkan kenaikan menguji zon SBR (support become resistance) sekitar 131.600 sebelum pergerakan harga mendatar menuju pembukaan sesi pasaran Eropah hari ini.

Kenaikan harga didorong oleh penyusutan nilai matawang Yen terkesan oleh sentimen pasaran dengan laporan berkenaan rundingan dagang AS-China berhubung perjanjian matawang.

Harga yang menguji zon SBR dilihat turut menguji garisan trendline yang menjadi paras halangan bagi kenaikan harga pada carta GBP/JPY.

Jika perkembangan Brexit lebih parah, harga lebih cenderung ditekan ke paras lebih rendah berkemungkinan kembali menuju ke paras support pada 130.500.

Namun jika perkembangan Brexit positif didorong pula sentimen positif pasaran yang melemahkan dagangan Yen, harga mampu meneruskan kenaikan sehingga ke paras tumpuan pada 132.400 yang juga merupakan zon SBR (support become resistance).

Lonjakan lebih tinggi harga mampu mencapai paras ketinggian pada zon resistance 133.350 untuk mencatatkan paras ketinggian bulanan terbaru.

Pantau sentimen pasaran semasa serta perkembangan Brexit dan lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.