GBP/JPY Jatuh Paras Terendah, Hampir Uji Benteng ¥149.000

262

Matawang Yen kekal meneruskan keunggulan dalam pengukuhan untuk menyokong harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY terus membuat penurunan dengan mencatat rekod yang terbaharu lagi.

Penurunan itu juga menyaksikan harga menampilkan paras terendah yang terbaharu selama 9 minggu sekitar 149.470 serta hampir ingin mencecah zon sokongan paling utuh sejak Mac 2021 pada 149.000.

Justeru corak harga turut telah menyusut lebih 150 pips pada dagangan semalam (Rabu) untuk kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) untuk terus pamer corak downtrend.

Yen terus memperoleh sokongan sebagai matawang safe-haven di ketika sentimen pasaran yang masih berisiko akibat risiko wabak Covid-19 yang semakin berleluasa ke seluruh negara.

Manakala matawang Pound pula masih terbeban dek kerana ketidaktentuan oleh Bank of England (BOE) yang masih tidak mempunyai isyarat yang lebih ketara dalam melaksanakan pengetatan dasar polisi.

Oleh itu, pelabur mungkin akan menyaksikan jangkaan untuk pergerakan harga mampu mencecah ke zon sokongan 149.000 untuk dijejaki andai kata harga kekal mempamer penyusutan lebih rendah lagi.

Benteng sokongan berkenaan juga dijangka bakal menjadi tumpuan setelah zon itu sering menyokong lonjakan harga sebelum ini dan zon 148.000 berkemungkinan akan jadi tumpuan baharu untuk dituju.

Manakala sebaliknya jika trend kenaikan harga kembali berlaku, trendline resistance yang dipamerkan berkebarangkalian akan dicapai sebelum menguji semula zon SBR (support become resistance) 151.000.

Trend kenaikan yang lebih jelas bakal menyaksikan pergerakan harga untuk menuju zon SBR 152.000 sebelum penganalisis menjangkakan zon SBR 153.000 mungkin akan menjadi sasaran yang berikutnya.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat