GBP/JPY Mula Menunjukkan Penurunan Setelah Gagal Breakout Resistance 148.500

726

Selepas beberapa minggu berjaya mencatatkan pengukuhan, matawang GBP mula kembali menunjukkan penurunan tidak lain tidak bukan adalah terkesan oleh isu Brexit yang sukar dijangka.

Pasaran semakin gelisah memandangkan ini adalah bulan terakhir untuk menyelesaikan rundingan sebelum Britain secara rasmi bakal meninggalkan Kesatuan Eropah yang dijadualkan pada 29 Mac ini. Namun sebarang kemungkinan boleh berlaku dan sebarang perubahan akan sentiasa mempengaruhi dagangan Sterling dalam pasaran semasa.

Sementara matawang safe-haven Yen kembali mendapat permintaan dalam suasana pasaran yang berisiko dengan faktor melibatkan isu geopolitik seperti krisis India-Pakistan dan lain-lain. Rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China juga masih belum mendapatkan keputusan yang jelas walaupun perkembangan semasa rundingan dilihat positif.

Namun begitu, Yen masih terkesan oleh faktor fundamental di mana bank pusat masih ingin mengekalkan dasar monetari yang longgar di Jepun. Tindakan tersebut akan menghalang Yen untuk mengukuh namun sentimen semasa akan turut memberi kesan terhadap dagangan Yen yang berstatus matawang safe-haven.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY pula, harga dilihat gagal menembusi zon resistance 148.500 sebelum harga mula menunjukkan tanda-tanda penurunan pada dagangan semalam.

Harga yang menguji paras resistance MagicR1 semalam kemudian turun lebih rendah melepasi paras Magic Pivot sehingga ke paras sekitar support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Sesi pasaran Asia pagi ini melihatkan harga dibuka di bawah paras Magic Pivot 147.527 hari ini. Jangkaan jika harga terus menyambung penurunan semalam, harga boleh turun sehingga ke paras zon RBS (resistance become support) pada 144.800.

Namun, jika harga berjaya melonjak kembali dan mencatatkan paras ketinggian yang baru, destinasi tumpuan harga dilihat akan ke paras zon resistance 149.00 berhampiran paras resistance MagicR3 pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Lihat gambar chart GBP/JPY di bawah untuk rujukan tambahan analisis teknikal anda dan tentukan paras support dan resistance terbaik dengan berpandukan pada indicator Moshed Magic Line yang disediakan.

Paras support: 146.753, 146.320, 145.546.

Paras resistance: 147.960, 148.734, 149.167.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat