GBP/JPY Pamerkan Kenaikan Pada Sesi Eropah Susulan Data GDP UK Diterbitkan

273

Walaupun data ekonomi UK pada minggu lalu mencatatkan bacaan yang baik dan keputusan mesyuarat bank pusat England turut Hawkish, namun matawang Pound Sterling gagal mempamerkan prestasi yang cemerlang pada awal dagangan minggu ini.

Ini adalah berikutan kebimbangan pasaran yang berterusan ekoran risiko perjanjian antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) untuk mencapai kesepakatan pada penghujung tahun ini.

Perdana Menteri UK Boris Johnson tetap bertegas untuk mendapatkan perjanjian seperti yang diperolehi Kanada, atau beliau tekad untuk menghentikan rundingan bersama EU.

Matawang Pound Sterling pada sesi Eropah hari ini menunjukkan pengukuhan susulan data pertumbuhan GDP UK untuk suku keempat 2019 diterbitkan.

Bacaan awal GDP suku terakhir mencatatkan bacaan sifar seperti dijangkakan oleh pasaran. Namun bacaan untuk GDP pada Disember menunjukkan kenaikan kepada 0.3%.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY, harga membuat kenaikan dari paras berhampiran 141.200 bermula awal sesi Asia semalam sehingga ke paras tertinggi harian melepasi 142.00.

Kenaikan tersebut kemudiannya kembali menyaksikan penurunan lebih rendah semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) ke paras 141.600 sebelum menutup dagangan sesi New York di sekitarnya.

Dagangan safe-haven Yen juga akan memberi reaksi terhadap perkembangan isu Coronavirus yang terus memberikan kebimbangan dalam pasaran.

Bersambung pada dagangan sesi Asia hari ini, harga bergerak menaik melepasi MA50 pada sesi Asia dan turun semula pada penghujung sesi menguji semula MA50 sebagai support dinamik harga.

Harga yang menyentuh paras tersebut kemudiannya dilihat membuat kenaikan semula cuba mempamerkan pengukuhan harga pada sesi pasaran Eropah susulan data GDP diterbitkan.

Jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi, zon tumpuan sekitar 142.600 akan diuji dan jika harga terus naik lebih tinggi, destinasi kenaikan seterusnya berkemungkinan ke zon SBR (support become resistance) 143.400.

Namun jika harga membuat penurunan lebih rendah dari MA50 semula, penurunan harga bakal menuju paras pembukaan harga semalam sekitar 141.200.

Penurunan lebih rendah akan menguji zon support sekitar 141.00 yang telah diuji pada Januari lalu dan juga Disember 2019.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat