Awal pembukaan sesi Eropah pada Jumaat memberi tumpuan kepada terbitan data jualan runcit UK untuk bulan Jun yang mencatatkan angkaan bacaan meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan.
Namun, bacaan tersebut dilihat gagal untuk menyuntik lonjakan bagi mata wang Pound dengan pergerakan harga di awal sesi kekal perlahan.
Pada carta harga pasangan mata wang GBP/JPY, pelabur masih menantikan harga untuk melonjak melepasi paras 152.00 selepas kenaikan harga pada minggu ini berjaya mencapai ke zon rintangan tersebut.
Harga telah membuat kenaikan semula dari paras terendah mingguan sekitar 148.500 pada Selasa lalu dan melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat bullish.
Kenaikan harga yang diteruskan sehingga Khamis semalam telah kembali semula ke paras 152.00 pada zon SBR (support become resistance) dengan jangkaan kenaikan lebih tinggi sebelum menutup dagangan pada minggu ini.
Walaupun Pound masih berisiko, pergerakan harga dilihat didorong oleh faktor penyusutan Yen dalam pasaran susulan sentimen pasaran yang dinilai pulih mengurangkan tarikan terhadap mata wang safe-haven.
Sekiranya harga berjaya melepasi zon 152.00, sasaran kenaikan seterusnya dilihat pada 154.00 untuk mencatatkan paras tertinggi 2 minggu.
Untuk situasi kejatuhan harga semula, paras 150.600 dan 149.500 antara yang akan menjadi tumpuan harga sebelum kembali menguji semula paras sokongan 148.500.
Data PMI pembuatan dan perkhidmatan pada sesi Eropah seterusnya akan dinantikan pelabur untuk melihat kesan terhadap pergerakan Pound.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI