GBP/JPY Tenang Seketika, ‘Ribut’ Bakal Melanda Carta Harga?

179

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/JPY dilihat mendatar menuju penghujung minggu dengan kedua-dua mata wang Pound dan Yen tidak menunjukkan perubahan yang ketara.

Data pertumbuhan ekonomi UK yang diterbitkan pada awal sesi Eropah dilihat tidak memberi impak terhadap pergerakan Pound.

Bacaan akhir bagi data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK untuk suku pertama tahun ini kekal di paras 0.8%, iaitu paras terendah untuk tempoh 1 tahun.

Mata wang Pound dijangka masih akan kekal berisiko didagangkan sehingga penghujung minggu ini dengan kebimbangan terhadap perkembangan Brexit yang kembali goyah.

Sementara Yen juga terus bergerak suram selepas bank pusat Jepun tetap dengan pendirian untuk mengekalkan dasar monetari yang longgar. Namun, sentimen pasaran yang berisiko boleh memberi sokongan untuk Yen mengukuh sebagai mata wang safe-haven.

Carta harga GBP/JPY mencapai paras ketinggian sekitar 166.600 untuk minggu ini pada Selasa lalu, namun mula susut di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat pergerakan bearish harga.

Sehingga dagangan Rabu semalam bersambung ke dagangan hari ini (Khamis), harga mendatar di sekitar paras 165.500 menantikan mana satukah mata wang yang akan lebih mendominasi.

Sekiranya Pound bergerak lebih lemah berbanding Yen, harga bakal susut lebih rendah untuk menguji zon tumpuan sekitar 164.500 yang dilihat sebagai zon RBS (resistance become support) buat harga.

Dan penurunan lebih rendah yang diteruskan bakal menuju pula ke zon sekitar 162.00 yang turut menjadi tumpuan diuji pada dagangan pertengahan Jun lalu.

Sebaliknya jika kenaikan harga pula yang berlaku melepasi semula halangan MA50, harga bakal menuju ke zon rintangan pada 168.00.

Sekiranya harga berjaya meneruskan kenaikan dan melepasi ketinggian 168.700 yang dicapai pada 9 Jun lalu, paras tertinggi terbaru 6 tahun bakal direkodkan lagi.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat