GBP/JPY Teruskan Lagi Kenaikan Selepas Melonjak 200 Pips Semalam!

462

Pound Sterling terus mengukuhkan dagangannya pada minggu ini dengan mencatatkan kenaikan pada carta harga berbanding matawang utama yang lain.

Pengukuhan Sterling lebih didorong oleh faktor tinjauan undian pilihan raya UK yang menunjukkan Parti Konservatif kembali menjarakkan undian dengan parti Buruh, selepas menguncup sebelum ini.

Sementara itu, berdasarkan bacaan data ekonomi, bacaan akhir bagi PMI perkhidmatan UK meningkat kepada 49.3 mata berbanding bacaan 48.6 mata sebelum ini.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY telah mencatatkan paras ketinggian terbaru pada dagangan semalam di samping dagangan Yen yang turut lemah.

Matawang Yen Jepun menyusut selepas sentimen pasaran kembali pulih berikutan laporan terbaru mengenai rundingan dagang Amerika Syarikat dan China yang kini semakin hampir mencapai perjanjian.

Jika diperhatikan kenaikan harga pada GBP/JPY semalam, harga telah melonjak sekitar 200 pips hampir mencecah paras ketinggian pada 142.800. Paras yang dicapai tersebut adalah tertinggi sejak dagangan Mei lalu.

Harga melonjak dari zon RBS (resistance become support) pada 140.900 sehingga berjaya menembusi paras resistance semasa pada 141.800 semalam dan mencatatkan paras ketinggian terbaru tersebut.

Pergerakan harga kembali perlahan pada sesi pasaran Asia hari ini namun masih berlegar di paras ketinggian 142.800 itu menjelang sesi pasaran Eropah.

Penurunan harga berkemungkinan menguji semula zon RBS yang baru pada 141.800 yang merupakan paras resistance harga sebelum ini.

Jika harga kekal meneruskan kenaikan lebih tinggi, harga mampu mencapai paras ketinggian terbaru pada sekitar 144.000. Paras tersebut menjadi paras tumpuan harga pada dagangan April yang lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat