GBP/JPY Tidak Berdaya Robek Ke Paras Lebih Tinggi, Susut Lebih 200 Pips

387

Matawang Yen dengan bergayanya memaparkan pengukuhan meskipun sedikit lambat memberi reaksi di kala penerbitan data PMI pembuatan di Jepun untuk bulan September yang memberangsangkan.

Ekoran daripada itu, matawang Pound sedikit merundum setelah sekian lama menonjol dek kerana kenyataan ketua ekonomi HIS Markit, Chris Williamson serta lonjakan kes jangkitan Covid-19 di Britain.

Sentimen pasaran yang dilihat masih lagi dibelenggu risiko terus menarik pelabur untuk merealisasikan pergerakan positif kepada matawang safe-haven termasuk matawang USD dan Yen untuk menyerlah.

Pada ketika Yen lebih memapar aksi cemerlang berbanding Pound, ia telah mengakibatkan harga pada carta GBP/JPY terus menyusut melebihi 200 pips daripada paras tertinggi yang dicapai pada 158.200.

Pergerakan harga juga telah berupaya melepasi paras rintangan 157.000 dan dapat diperhatikan harga terus rebounce di paras rintangan 156.000 untuk membentuk corak LL (lower low) yang terbaharu.

Di kala sesi Eropah pada hari ini (Isnin), harga tampaknya meningkat yang mungkin ingin hanya menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam bagi membuat LH (lower high) pula.

Penurunan yang ketara bakal melihat pergerakan harga pada carta GBP/JPY untuk sekali lagi menguji paras rintangan 156.000 terlebih dahulu sebelum jangkaan akan menyusut ke paras yang lebih rendah.

Jikalau trend penurunan harga terus menembusi ke paras lebih rendah di bawah 156.000 itu, harga dijangka akan mencecah zon tumpuan seterusnya pada zon RBS (resistance become support) 155.000.

Namun sebaliknya jika pergerakan harga berjaya mempamerkan aksi cemerlang semula seperti sebelum ini berkebarangkalian akan melihat harga kembali menguji paras 157.000 sebelum terbang lebih tinggi.

Penerbangan yang lebih tinggi akan menyaksikan harga mencuba semula rekod ketinggian 5 tahun yang dicatatkan pada minggu lalu dan mungkin akan mampu menuju zon rintangan selanjutnya pada 160.000.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat