GBP/JPY Tidak Lepas Peluang, Melonjak Lebih 300 Pips!

454

Matawang Pound terus tidak melepaskan peluang terhidang untuk mengukuh pada dagangan minggu ini di kala matawang safe-haven termasuk Yen makin kurang mendapat permintaan pasaran ketika ini.

Hal ini berlaku disebabkan sentimen pasaran yang kembali pulih (risk-on) angkara terdapat beberapa kenyataan dari pakar yang menjelaskan bahawa jangkitan varian Omicron tidak begitu menggusarkan.

Impak daripada kenyataan Bank of England (BOE) yang membuat langkah kenaikan kadar faedah pada mesyuarat sebelum ini mungkin turut boleh diambil kira sebagai asbab kenapa Pound mampu kukuh.

Pergerakan harga pada carta GBP/JPY tampaknya terus menonjolkan persembahan cemerlang setelah merekod lonjakan mingguan setakat ini melebihi 300 pips selepas susut pada penghujung minggu lalu.

Lonjakan tersebut juga sama sekali telah kembali menguji paras ketinggian yang dicapai pada minggu lalu sekitar 152.600-152.000 yang mana ia turut dinilai sebagai zon SBR (support become resistance).

Bukan itu sahaja, pelabur berkemungkinan bakal menilai reaksi lonjakan itu seakan sedang menunjuk isyarat perubahan trend selepas harga telah pun menembusi trendline resistance di timeframe harian.

Keadaan ini tentunya akan menyokong pelabur dalam membuat sasaran terawal pada zon berikutnya 153.000 untuk kembali diterajui andai kata pergerakan harga terus cemerlang memapar trend bullish.

Yakni trend bullish lebih jelas kelihatan berikutan harga terus bergerak di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang mungkin akan berupaya memacu lonjakan agresif untuk menuju zon 155.000.

Namun demikian terdapat juga jangkaan bahawa pergerakan harga berkebarangkalian akan menjejaki semula zon RBS (resistance become support) pada 151.000 sekiranya harga kembali papar penurunan.

Kecenderungan dalam membuat penurunan harga yang lebih rendah dijangka akan mendorong harga mencecah ke zon sokongan yang paling kukuh sepanjang 9 bulan yang diperhatikan pada zon 149.000.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat