GBP/JPY Turun Lebih 100 Pips Dari Zon Resistance 140.700

623

Pada dagangan Khamis, pelabur mula mengambil langkah berwaspada berikutan sentimen pasaran yang dinilai kembali berisiko ekoran keraguan pada perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Matawang safe-haven Yen Jepun mencatatkan pengukuhan setelah Reuters melaporkan pegawai tinggi dalam pentadbiran Presiden AS Donald Trump telah memaklumkan bahawa perjanjian perdagangan fasa pertama bersama China yang dijadualkan akan ditandatangani pada bulan ini bakal ditangguhkan sehingga Disember.

Sementara dagangan Pound Sterling mula bergerak pasif berikutan pelabur berhati-hati menantikan keputusan mesyuarat polisi monetari bank pusat England edisi November.

Pasaran menjangkakan tiada perubahan polisi dan kadar faedah akan masih dikekalkan namun kenyataan susulan oleh gabenor akan menjadi tumpuan pelabur untuk isyarat dasar yang lebih jelas ke arah mesyuarat yang seterusnya.

Di samping itu juga, pelabur turut mengikuti perkembangan tinjauan pilihan raya umum UK pada Disember ini sebelum menunggu tarikh akhir pengunduran Brexit yang terbaru pada 31 Januari 2020 nanti.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY antara yang menjadi tumpuan pada dagangan minggu ini.

Setelah mencapai paras ketinggian pada zon resistance 140.700 pada Selasa, harga mula menunjukkan penurunan kembali berikutan risiko yang melanda pasaran menyokong pengukuhan Yen untuk menekan harga ke paras lebih rendah.

Sehingga setakat sesi pasaran Asia pagi ini, harga telah membuat penurunan lebih 100 pips dan bergerak di paras paras Moving Average 50 (MA50) yang memberi isyarat trend penurunan harga.

Penurunan lebih rendah harga dijangka akan menguji zon support pada 139.200 dengan tambahan 50 hingga 60 pips lagi penurunan.

Namun berwaspada jika harga kembali membuat lonjakan dan cuba melepasi garisan MA50, harga akan kembali menguji zon resistance 140.700 sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi mencatatkan paras ketinggian dua minggu terbaru.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat