GBP Melemah Selepas Mencapai Paras Tertinggi 9 Hari Lalu

105

Matawang pound jatuh daripada paras tertinggi 9 hari berbanding U.S dolar pada hari Khamis berikutan ketidakpastian adakah dengan peningkatan pertumbuhan ekonomi GDP suku tahun ketiga, Bank of England (BoE) akan meningkatkan kadar faedah pada minggu hadapan.

Jabatan Statistik Negara UK melaporkan bacaan awal GDP UK bagi suku tahun ketiga (Jun-September) meningkat ke paras 0.4% berbanding jangkaan 0.3%. Pasaran mengkhuatirkan dengan peningkatan ini, pembuat dasar akan menaikan kadar faedah pada mesyuarat 2 November akan datang.

Pengukuhan pound seleps laporan GDP hanya bersifat sementara. Pound mencapai paras tertinggi 9 hari kemudian jatuh kembali. Setakat jam 10.35 malam GBP/USD jatuh 0.54% kepada 1.3192.

Walaupun pasaran optimis dengan kenaikan kadar faedah oleh BoE pada minggu hadapan, namun sebahagian penganalisis berpendapat bahawa kejatuhan pound adalah disebakan dipengaruhi data ekonomi yang lain.

Selain itu, kekuatiran terhadap kemajuan rundingan Brexit juga menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi matawang pound. Ditambah pula dengan pertindihan maklumat pelan kerajaan dan perbezaan pandangan menambahkan lagi ketidakpastian.

Matawang Euro jatuh berbanding U.S dolar apabila EUR/USD mencatat kejatuhan 0.86% kepada 1.1711 setakat jam 10.35 malam.

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain mengukuh sebanyak 0.72% kepada 94.20 setakat jam 10.35 malam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat