GBP Menjunam? Ia Ada Kaitan Dengan Perkembangan Terbaru Brexit

1,201

Matawang GBP membuat penurunan paling banyak dalam sesi dagangan hari Selasa setakat ini. Pasangan matawang GBP/USD jatuh sehingga 120 pip dari paras tertinggi Selasa. Pair GBP/JPY dan GBP/AUD pula masing-masing merekodkan kejatuhan 100 pip dan 110 pip.

Jadi, apa sebab kejatuhan ini?

Kita mulakan dengan bercerita tentang data pekerjaan UK yang dikeluarkan sekitar pukul 4.30 petang tadi. Laporan data ini dilihat agak mengecewakan dengan jumlah tuntutan pengangguran (claimant count) dan perubahan pekerjaan meleset daripada jangkaan.

Claimant Count merekodkan tuntutan pengangguran sebanyak 7,800 berbanding jangkaan pengurangan 2,100. Manakala perubahan pekerjaan pula hanya merekodkan tambahan pekerjaan sebanyak 137,000 berbanding jangkaan 150,000. Data-data yang lain pula mencatat bacaan yang sejajar dengan jangkaan termasuk kadar pengangguran.

Selepas daripada data ekonomi dikeluarkan, tumpuan beralih kepada komen oleh Gabenor Carney yang sedikit menyokong matawang GBP. Carney menyatakan pasaran baru membangun (emerging market) berpotensi mendapat faedah daripada kerugian yang dialami oleh Kesatuan Eropah.

Selain itu, Carney juga menyatakan bahawa UK akan kerugian jika menggunakan peraturan dagangan WTO. Walaubagaimanapun, beliau menyatakan terlalu awal untuk menilai impak kepada Kertas Putih Brexit yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Theresa May.

Namun, matawang GBP menjunam sekitar pukul 7 petang tadi apabila fokus beralih pula kepada isu Brexit. Laporan menunjukkan, Parti Buruh (pembangkang UK) menyokong kepada ubahsuai terhadap Customs Union.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat