GBP Menjunam Susulan Pengumuman BOE, Ini Perkara Yang Perlu Diketahui Pasaran!

828

Bank of England pada hari Khamis mengumumkan bahawa dasar monetari tidak berubah, walau bagaimanapun berikrar untuk memantau kenaikan inflasi ketika ekonomi UK mula bangkit dari kejatuhan.

Jawatankuasa Dasar Monetari bank pusat sebulat suara memutuskan untuk mengekalkan kadar pinjaman utama pada paras terendah 0.1%, dan majoriti memilih untuk mengekalkan pembelian aset pada tahap semasa sebanyak 895 bilion £ ($ 1.24 trilion).

Bank pusat menyatakan bahawa pertumbuhan KDNK global agak kukuh berbanding dari apa yang dijangkakan sejak laporan terakhir pada bulan Mei. Ini menambah lagi tekanan terhadap harga global.

Jawatankuasa Dasar Monetari menjangkakan bahawa ekonomi akan mengalami fasa pertumbuhan KDNK dan inflasi di atas pasaran untuk satu jangka waktu. Namun setalah itu pertumbuhan ekonomi dan inflasi akan turun kembali.

Bank Pusat menegaskan bahawa terdapat risiko bahawa ada kemungkinan harga akan melonjak lebih besar dari jangkaan. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, hasil akhir mendapati bahawa jangkaan inflasi di UK tetap sesuai.

Atas dasar itu juga salah seorang ahli ekonomi Andy Haldane menentang keputusan ini kerana bagi beliau bank harus mengurangkan pembelian bon sebanyak £50 billion kerana kekhuatiran inflasi.

Matawang GBP jatuh menjunam ke paras 1.3908 berbanding 1.3977 pada awal sesi.

Inflasi harga pengguna di UK pada 2.1% pada bulan Mei, melebihi ramalan dan melepasi sasaran 2% bank untuk pertama kalinya dalam hampir dua tahun, sementara inflasi teras meningkat dari 1.3% pada bulan April menjadi 2% pada bulan Mei.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat