GBP Sekali Lagi Melonjak, Kali Ini Disebabkan Data Retail-Sales

903

Matawang GBP sekali lagi melonjak pada Khamis menguat berbanding matawang-matawang utama yang lain. Pasangan matawang GBP/USD naik sehingga 70 pip dari paras pembukaan harga hari ini.

Faktor utama kepada kenaikan Sterling pada Khamis adalah data jualan-runcit (retail-sales) yang merekodkan kenaikan 0.3% jauh lebih tinggi berbanding jangkaan penurunan 0.2%. Walaupun masih terdapat kebimbangan terhadap rundingan Brexit, ia dilihat tidak memberi kesan yang banyak kepada Sterling ketika ini.

Bagi pair GBP/JPY, ia telah merekodkan kenaikan sehingga 100 pip di mana data retail-sales banyak membantu kenaikan pada Khamis.

Matawang GBP pada Rabu berhadapan dengan naik-turun (volatility) apabila beberapa tajuk utama berita pasaran di UK memberi impak kepada matawang itu.

Pada mulanya lonjakan matawang GBP adalah disebabkan oleh peningkatan data inflasi (CPI) UK yang melebihi jangkaan pada pukul 4.30 petang Rabu. Pejabat Statistik Kebangsaan UK melaporkan peningkatan bacaan CPI sebanyak 0.7% melebihi jangkaan peningkatan bulanan sebanyak 0.5%.

Tak sampai beberapa jam, matawang GBP menjunam semula disebabkan laporan negatif dalam isu Brexit. Perdana Menteri Theresa May dilaporkan enggan menerima cadangan terbaru oleh ketua perunding EU Michel Barnier berkaitan sempadan Ireland.

.

.

Jangan lupa dapatkan analisis teknikal GBP/USD hari ini di sini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat