GBP Sepatutnya Jatuh, Tapi Kenapa Ia Menguat Sejak Pukul 5 Petang Tadi? Ini Sebabnya.

1,338

Matawang GBP boleh dikatakan matawang paling kuat dalam sesi New York pada Khamis berbanding matawang utama yang lain. Walaupun dengan data ekonomi yang negatif sejak Selasa, matawang GBP berjaya menguat pada hari ini.

Sepanjang bulan April, matawang GBP masih dilihat kukuh dengan GBP/USD masih di landasan betul untuk merekod kenaikan. Ada beberapa pendapat sebelum ini yang mengatakan matawang GBP biasanya menguat sepanjang bulan April, dan ia telah terbukti sehinggalah setakat pada hari ini (19 April).

Jika dilihat daripada data-data sepanjang minggu ini, ia menunjukkan kepada kelemahan matawang GBP dan sememangnya terdapat kejatuhan besar kepada Sterling pada Rabu. Data tumpuan bagi ekonomi UK pada minggu ini adalah data pekerjaan pada Selasa, data inflasi, CPI pada Rabu dan data jualan runcit pada Khamis.

Ketiga-tiga data merekodkan bacaan negatif dengan kadar pendapatan pada Rabu meleset daripada jangkaan pasaran. Bacaan inflasi, CPI hanya naik 2.5% meleset daripada jangkaan 2.7% dan data jualan runcit pada hari ini jauh merosot 1.2% berbanding jangkaan kejatuhan 0.5%. Dengan itu, kecenderungan kepada GBP masih lagi ke bawah setakat ini.

Namun, apa yang membawa kepada kenaikan GBP sejak pukul 4 petang pada Khamis? Terdapat satu kenaikan kepada pair GBP dengan GBP/USD naik 85 pip dari paras terendah hari ini, walaupun data jualan runcit pada pukul 4.30 petang meleset daripada jangkaan.

Apabila dikaji kepada data-data yang dikeluarkan dari Britain, terdapat data jualan bon kerajaan UK yang dikeluarkan pada pukul 5.30 petang. Data menunjukkan kadar faedah kepada ‘bon 10 tahun UK’ itu meningkat ke paras tertinggi hampir dua tahun yang lepas dengan kadar 2.60%. Secara asasnya itu menunjukkan berapakah hasil bon atau kadar faedah daripada pembelian bon yg dijual oleh kerajaan. Jadi apabila kadar faedah mencapai paras tertinggi, ia akan menyebabkan banyak permintaan terhadap bon UK tersebut.  Jadi permintaan utk matawang GBP meningkat seterusnya meningkat nilai GBP sejak pukul 5 petang pada Khamis.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat