GBP Susut Selepas Kajian Semula Pertumbuhan Ekonomi GDP UK

75

Matawang GBP melemah berbanding matawang U.S dollar pada hari ini rentetan kajian semula pertumbuhan ekonomi GDP U.K bagi suku tahun kedua.

Berdasarkan laporan rasmi yang dikeluarkan pukul 4.30 petang tadi, pertumbuhan GDP pada suku tahun kedua 2016-2017 = 1.5% lebih rendah berbanding bacaan suku tahun pertama 2016-2017= 1.8%.

Matawang pound sterling bergerak 0.45% lebih rendah berbanding US dolar iaitu pada 1.3380.

Matawang GBP telah meningkat sebanyak 4% berbanding dollar U.S dalam tempoh 3 bulan berikutan jangkaan para pelabur terhadap kenaikan kadar faedah oleh BoE disebabkan inflasi semasa yang telah melebihi sasaran 2%.

”Jika ekonomi berada pada landasan yang betul seperti sekarang dan dengan mengambil indikasi lain seperti CPI yang meningkat, kita dapat jangkakan bahawa kadar faedah akan meningkat.” kata Gabenor BoE Mark Carney.

Penganalisis pasaran dan para pelabur menjangkakan ahli BOE akan membuat keputusan untuk meningkatkan kadar pinjaman 0.25% kepada 0.5% pada mesyuarat yang akan diadakan pada 2 November di London.

Carney memberi amaran bahawa BoE masih belum dapat meredakan tekanan ekonomi yang menimpa pada minggu ini berikutan keputusan British yang menyatakan hasratnya untuk keluar daripda E.U.

“Walaupun polisi monetari tidak dapat mengatasi masalah pertumbuhan pendapatan benar yang lemah disebabkan isu rundingan perdagangan dengan E.U, namun ia dapat mengawal impak yang menimpa pendapatan benar,” kata Carney.

Pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan tanda-tanda peningkatan kadar faedah memberi indikasi bahawa matawang pound dan data ekonomi U.K akan terus berada dalam keadaan ketidaktentuan pada beberapa bulan akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat