GBP/USD Akhirnya Kembali Mempamer Prestasi Cemerlang

394

Matawang Pound terus mempersembahkan prestasi cemerlang untuk mengukuh setelah memperolehi beberapa perkembangan terbaharu yang baik daripada perbincangan isu Brexit di antara UK-Perancis.

Dalam pada itu, beberapa penganalisis mendakwa bahawa nilai Pound juga barangkali disokong oleh kejutan yang disampaikan Bank of England (BOE) baru-baru ini melaksanakan kenaikan kadar faedah.

Manakala pengukuhan itu juga dipengaruhi berikutan kelemahan matawang USD kekal lemah angkara sentimen pasaran yang optimis dalam mencatat pemulihan di kala kegusaran Omicron makin mereda.

Kepincangan yang melanda pada pergerakan harga di carta pasangan matawang GBP/USD tampaknya telah menyerlah semula setelah harga kembali mencatatkan rekod tertinggi  5 minggu yang terbaharu.

Rekod tertinggi tersebut tercipta apabila harga membuat rebounce pada trendline resistance dan juga paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk mengekalkan trend bullish.

Trend kenaikan berkenaan turut telah pun meningkatkan keyakinan kepada pelabur bagi menyaksikan harga terus mencatat kenaikan yang lebih agresif menjelang penutup suku keempat untuk tahun 2021.

Ini membuktikan bahawa pergerakan harga berkebarangkalian bakal berupaya untuk mencapai ke zon rintangan 1.35000 yang sama sekali akan mampu mencipta paras tertinggi baharu bulan Disember ini.

Yakni saat terakhir zon rintangan 1.35000 dicapai adalah pada pertengahan November lalu yang mana zon itu telah menepis kenaikan untuk harga membuat semula penurunan sehingga melebihi 350 pips.

Namun sebaliknya jikalau pergerakan harga terus melangkah dalam menterjemahkan penurunan, zon 1.34000-1.33640 sudah tentunya bakal menjadi zon utama yang akan dititikberatkan terlebih dahulu.

Penurunan harga yang lebih rendah mengatasi zon berkenaan secara tidak langsung akan mendorong harga mempamer keupayaan untuk kembali mencecah zon RBS (resistance become support) 1.33000.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat