GBP/USD Bakal Dipacu Oleh Data Pekerjaan & Inflasi UK

255

US dolar dilihat bergerak lemah, gagal untuk meneruskan peningkatan di sesi dagangan penghujung minggu lalu bersambung ke awal sesi Asia pembukaan pasaran minggu ini.

Penganalisis penilai penyusutan US dolar yang berlaku adalah didorong oleh faktor pengambilan untung (profit-taking) selepas pengukuhan yang dipaparkan oleh US dolar pada dagangan sebelumnya.

Namun, dengan sentimen pasaran yang masih berisiko, penganalisis menjangkakan US dolar berpotensi meneruskan pengukuhan semula pada dagangan minggu ini.

Tumpuan akan terarah terhadap Federal Reserve (Fed) yang dijangka membuat kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat FOMC minggu hadapan, untuk kenaikan yang sama kali kedua berturut-turut sebagai sebahagian daripada langkah agresif bank pusat untuk melawan kenaikan inflasi yang lebih tinggi.

Sementara bagi mata wang Pound pula, pelabur bakal menantikan penerbitan data sektor pekerjaan UK pada Selasa dan data inflasi UK pada Rabu yang bakal memberikan petunjuk awal untuk tindakan Bank Of England (BOE) dalam penetapan dasar monetari pada mesyuarat polisi di awal Ogos.

Jika diperhatikan pergerakan pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, penghujung sesi dagangan minggu lalu telah menyaksikan kenaikan semula harga setelah mencecah ke paras terendah terbaru 2 tahun pada Rabu.

Harga yang mencecah paras terendah terbaru pada sekitar 1.17600 kembali meningkat semula di atas paras 1.18000 sebelum melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD untuk isyarat awal perubahan trend bullish.

Bersambung pada dagangan awal minggu ini, Pound berjaya meneruskan momentum pengukuhan berbanding US dolar yang terus melemah untuk harga meningkat melepasi paras 1.18800.

Sekiranya kenaikan harga yang berjaya diteruskan, harga yang menembusi zon rintangan pada 1.9400 dilihat bakal menguji pula zon tumpuan pada 1.2000 untuk pergerakan bullish ke paras lebih tinggi.

Sebaliknya jika Pound gagal untuk meneruskan pengukuhan dan kembali memaparkan corak trend bearish pada carta harga, harga penyusutan semula di bawah paras MA50 akan mencetus jangkaan untuk penurunan yang lebih lanjut mencatatkan paras terendah terbaru lagi.

Zon support penting di bawah 1.18000 akan menjadi kawasan penting untuk dinilai pelabur sama ada harga akan jatuh lebih rendah atau kembali memberi isyarat untuk melantun semula.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat