GBP/USD Bakal Sambung Penurunan, Atau Tembus Resistance 1.34000?

785

Susulan prestasi merosot US dolar pada minggu lalu, kebanyakan mata wang utama lain dalam pasaran memanfaatkan peluang untuk meningkat.

Namun sebaliknya berlaku pada Pound Sterling apabila mata wang tersebut mempamerkan corak penurunan pada dagangan penghujung minggu lalu berbanding US dolar.

Hal ini adalah berikutan oleh faktor ketidaktentuan Brexit membuatkan pelabur berhati-hati dengan situasi terburuk setelah drama berlarutan.

Ketua Perunding Brexit Kesatuan Eropah (EU) Michel Barnier telah berkunjung ke London pada minggu lalu untuk menyambung perbincangan susulan beberapa isu penting masih lagi membantutkan persetujuan antara kedua-dua pihak.

Malah, Perdana Menteri UK Boris Johnson pula menyatakan bahawa Britain akan baik-baik sahaja walaupun tiada perjanjian bersama blok tersebut.

Justeru, pada dagangan penghujung minggu lalu, dapat dilihat pergerakan menurun harga pada carta pasangan GBP/USD setelah paras resistance 1.34000 gagal ditembusi.

Harga kembali turun di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga memberi isyarat awal perubahan trend bearish semula.

Penurunan pada Jumaat mencecah zon RBS (resistance become support) 1.33000 namun harga gagal meneruskan penurunan lebih rendah sebelum menutup dagangan minggu lalu sedikit tinggi dari zon tersebut.

Susulan faktor penyusutan US dolar, permulaan dagangan sesi Asia hari ini dilihat menunjukkan kenaikan harga pada carta GBP/USD namun pada kadar perlahan dan menguji halangan dinamik MA50.

Penganalisis masih menjangkakan harga akan membuat penurunan berdasarkan pembentukan awal trend bearish. Harga bakal menguji sekali lagi zon RBS 1.33000.

Jika harga berjaya menembusi zon tersebut, penurunan lebih rendah bakal dijangkakan menuju paras tumpuan 1.32000.

Namun, penyusutan US dolar yang berterusan boleh menyokong kenaikan lebih tinggi harga untuk kembali semula ke resistance 1.34000.

Harga yang berjaya melepasi zon resistance tersebut bakal mengubah pandangan penganalisis untuk trend bullish harga yang akan mendorong harga menuju paras ketinggian terbaru sehingga sekitar 1.35000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat