GBP/USD Bakal Teruskan Corak Penurunan Harga Pada Minggu Ini

637

Pound Sterling dijangka terus didagangkan berisiko pada minggu ini berikutan ketidaktentuan yang terus melanda rundingan Brexit antara UK dan Kesatuan Eropah (EU).

Menambahkan kebimbangan apabila Perdana Menteri UK, Boris Johnson memaklumkan bahawa keputusan akan berakhir jika perjanjian gagal dicapai pada 15 Oktober nanti.

Beliau juga tenang menyatakan bahawa UK akan baik-baik sahaja walaupun berundur dari blok tersebut tanpa perjanjian perdagangan.

Diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga kekal memaparkan corak penurunan harga sejak minggu lalu selepas siri kenaikan sebelumnya mencapai paras ketinggian 1.34800.

Namun, penurunan telah dipamerkan sehingga penghujung minggu lalu sekitar 300 pips dengan paras terendah pada 1.31800 dicecah ketika laporan data pekerjaan NFP AS diterbitkan.

Penurunan harga pada carta GBP/USD juga turut didorong oleh pengukuhan matawang US dolar disusuli data pekerjaan yang diterbitkan dengan bacaan yang memberangsangkan.

Harga menutup dagangan minggu lalu kembali semula ke paras 1.32900 di zon SBR (support become resistance) juga menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Terdapat perbezaan jarak (gap) pada pembukaan harga di sesi Asia pagi ini di carta GBP/USD dengan dibuka lebih rendah sekitar 1.32600.

Harga kemudiannya pamerkan penurunan 60 pips menuju ke paras 1.32000 kembali semula ke zon RBS (resistance become support).

Dengan jangkaan untuk US dolar mengukuh susulan data pekerjaan yang baik, harga bakal ditekan lebih rendah dan jika berjaya turun di bawah paras 1.31500, penurunan seterusnya dijangka menuju zon support 1.30500.

Namun jika harga kembali melonjak semula, zon SBR 1.33000 akan diuji sebelum harga yang meneruskan kenaikan lebih tinggi akan kembali semula menuju zon resistance di sekitar 1.35000.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat