GBP/USD Bangkit Semula Dari Tersungkur, Boleh Ke Tembusi $1.2100?

107

Pound didagangkan meningkat semula dari paras terendah 5 minggu berbanding US dolar ketika arah pergerakan harga mula berubah pada Rabu semalam.

US dolar yang memaparkan pengukuhan pada Selasa lalu telah kembali bergerak lemah semalam dengan tumpuan terarah pada terbitan minit mesyuarat FOMC.

Tiada reaksi ketara oleh US dolar selepas minit diterbitkan dan kekal bergerak suram setelah menyusuli data tinjauan ISM sektor pembuatan di Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan sebelum itu.

Sentimen pasaran sedikit dipulihkan dengan berita China yang kini sedang merancang untuk mengurangkan sebahagian sekatan import arang batu Australia sebelum ini, dan situasi ini dilihat turut mendorong penyusutan semula US dolar.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga telah berjaya melonjak semula setelah kejatuhan pada Selasa lalu mencecah sekitar paras 1.19000.

Namun, selepas kenaikan harga semalam berjaya melepasi semula zon 1.2000, harga berlegar di ketinggian 1.20700 pada sesi New York semalam dengan reaksi hambar harga selepas minit mesyuarat FOMC diterbitkan.

Harga masih kekal berada di bawah zon rintangan 1.21000 dan jika kenaikan diteruskan pada hari ini (Khamis), berkemungkinan zon tersebut akan berjaya ditembusi.

Harga yang meneruskan kenaikan lebih tinggi dilihat akan mensasarkan pada zon tumpuan seterusnya pada 1.21000.

Sebaliknya jika penurunan harga berlaku semula, zon 1.2000 sebagai zon sokongan buat harga akan kembali diuji.

Jika ditembusi, harga yang melanjutkan kejatuhan lebih rendah bakal menuju semula ke zon 1.1900 yang menjadi zon support terbaru harga.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat