GBP/USD Bangkit Semula Selepas Tekanan Sejak Penghujung Minggu Lalu

307

Mata wang Pound dah kembali ke landasan pengukuhan semula?

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD semalam telah menyaksikan kenaikan harian sekitar 70 pips menunjukkan Pound didagangkan lebih berbanding US dolar dalam suasana pasaran yang tidak menentu.

Pelabur menilai risiko terhadap isu penularan Omicron kembali reda membuatkan mata wang safe-haven termasuk US dolar kembali melemah semula dan memberi ruang mata wang utama yang lain untuk meningkat.

Peluang dimanfaatkan oleh Pound di atas penyusutan US dolar selepas mendapat tekanan sejak dagangan penghujung minggu lalu.

Selepas harga pada carta GBP/USD menguji zon support 1.32000-1.31700 di awal minggu, kenaikan telah dipamerkan semalam dari paras 1.32000 ke paras 1.32700 sehingga penghujung sesi New York.

Kenaikan itu juga telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk memberi isyarat perubahan trend bullish semula.

Kenaikan yang diteruskan akan menguji paras rintangan terhampir pada 1.33000 sebelum menguji pula paras ketinggian yang dicapai minggu lalu pada zon 1.33600.

Seterusnya, zon rintangan penting pada 1.34000 dilihat sebagai zon tumpuan untuk diuji pada kenaikan yang lebih tinggi.

Untuk jangkaan corak penurunan harga pula, zon support 1.32000-1.31700 terus akan diuji selepas 3 minggu harga berjaya dihalang untuk membuat penurunan lanjut.

Penurunan yang berjaya tembusi zon support tersebut bakal mencatatkan paras terendah terbaru lagi untuk tahun 2021 berkemungkinan menuju paras sekitar 1.31000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat