GBP/USD Bangkit Semula Selepas Terjerumus 140 Pips

354

Pound Sterling kembali didagangkan susut pada sesi New York semalam susulan perkembangan kurang memberangsangkan pada rundingan Brexit.

Seperti sebelum ini juga, isu perikanan masih menjadi batu penghalang untuk kesepakatan tercapai di antara Kesatuan Eropah (EU) dan UK tercapai.

Walaupun situasi sama berulang dan pelabur sudah boleh menjangkakan perkara tersebut, namun impak terhadap pergerakan harga tetap memberikan kebimbangan terhadap pelabur.

Pada carta harga bagi pasangan mata wang GBP/USD, harga kembali susut semula pada dagangan Selasa menuju semula ke zon tumpuan 1.33000 selepas harga berjaya pamerkan lonjakan gah pada hari sebelumnya.

Namun, hampir sahaja menyentuh paras 1.33000 harga kembali pantul untuk menutup dagangan sesi New York lebih tinggi sekitar 1.33600.

Penurunan harga di sesi New York turut didorong oleh faktor pengukuhan US dolar dalam pasaran berikutan risiko variasi virus baru yang muncul serta kemungkinan bahawa Donald Trump tidak akan menandatangani pakej bantuan Covid-19 setelah diluluskan.

Menyambung dagangan pada Rabu, harga meningkat di sesi Asia namun terhalang di antara rintangan 1.34000 dan paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Jika kenaikan berjaya diteruskan, zon harga 1.35000 akan kembali diuji yang menjadi paras rintangan mingguan.

Namun jika harga gagal melepasi 1.34000 dan menjunam semula, paras sokongan pada zon 1.33000 akan kembali menjadi tumpuan.

Penurunan yang kekal diteruskan akan mendorong harga menuju pula ke zon support di bawah paras 1.32000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat