GBP/USD ‘Bearish’ Semula? Trader Kena Baca Ini Kalau Tak Nak ‘Terciduk’

260

Sementara pelabur memantau perkembangan di UK untuk berwaspada terhadap pergerakan mata wang Pound minggu ini, US dolar terlebih dahulu mencuri perhatian dengan pengukuhan semula dipaparkan di sesi New York semalam.

Apa yang mencuit raja mata wang itu hingga mengamuk semula dalam pasaran?

Komen bernada hawkish yang dikeluarkan oleh beberapa ahli Federal Reserve (Fed) telah menjadi tumpuan di awal minggu ini untuk meredakan semula jangkaan langkah memperlahankan pengetatan dasar sebelum ini.

Selain itu, situasi di China semakin parah setelah ketegangan berkaitan penularan Covid-19 semakin memuncak dan kemudiannya telah mencetuskan tindakan protes oleh rakyat negara tersebut yang berlarutan beberapa hari.

Sentimen pasaran risk-off kembali memberi kelebihan kepada mata wang safe-haven termasuk US dolar.

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD gagal untuk menyambung corak bullish minggu lalu selepas berakhir mendatar di penghujung minggu.

Situasi yang mula berubah di awal minggu ini menyaksikan harga telah membuat penurunan sekitar 170 pips setelah pada awalnya menguji paras rintangan pada 1.21000.

Setelah penurunan mencecah ke paras 1.19400 di penghujung sesi New York, harga melantun semula menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Selasa) menguji zon tumpuan 1.2000.

Namun, harga dilihat masih berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD memberi indikasi corak penurunan berkemungkinan bakal diteruskan.

Sekiranya penurunan diteruskan semula melepasi paras sokongan semasa pada 1.19400, harga dijangka untuk menuju ke zon 1.18000 yang menjadi tumpuan diuji beberapa kali sebelum ini.

Penurunan lanjut melepasi zon penting itu akan mendorong harga ke sekitar 1.16000 pula.

Tapi, seandainya harga membuat kenaikan semula lebih tinggi melepasi zon 1.2000, rintangan semalam pada 1.21000 akan menjadi sasaran untuk diuji sekali lagi.

Melepasi rintangan itu barulah harga dijangka untuk catatkan paras ketinggian terbaru 3 bulan untuk meneruskan pergerakan trend bullish.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat