GBP/USD Belum Jumpa Arah, Data Inflasi AS Bakal Jadi ‘Kompas’

256

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD mendatar sepanjang Selasa semalam dengan pelabur kekal waspada menjelang data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan hari ini.

Kebimbangan pelabur juga turut membuatkan dagangan US dolar lebih ‘kaku’ sejak awal minggu ini selepas berdepan mesyuarat FOMC dan laporan NFP AS minggu lalu yang mempamerkan pergerakan lebih menarik harga.

Sementara untuk Pound pula, penganalisis percaya mata wang Britain itu akan menjalani tempoh dagangan sukar dalam waktu terdekat ini ekoran amaran yang dikeluarkan oleh bank pusat England terhadap risiko kemelesetan ekonomi di Britain.

Gagal memberi arah yang jelas, harga pada carta GBP/USD bergerak dalam zon sideway dengan rintangan pada paras 1.24000 dan paras sokongan harga adalah pada zon 1.22800.

Selepas data inflasi AS di sesi New York malam ini, tumpuan akan terarah pula kepada data pertumbuhan ekonomi UK untuk suku pertama yang diterbitkan pada sesi Eropah pada Khamis.

Sekiranya harga menyambung penurunan lebih rendah, zon support pada 1.22800 akan diuji sebelum penurunan yang melepasi zon tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru 2 tahun.

Jangkaan bagi penurunan lebih rendah dilihat akan menuju ke sekitar 1.21000 yang sebelum ini menjadi zon support harga pada dagangan Mei 2020.

Namun jika harga mula membuat kenaikan semula, rintangan pada 1.24000 akan diuji sekali lagi selepas harga menyentuh zon SBR (support become resistance) tersebut.

Untuk kenaikan harga yang diteruskan, zon rintangan pada 1.26000 yang menjadi tumpuan pada dagangan minggu lalu akan dilihat sebagai sasaran kenaikan harga.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat