GBP/USD Berkecamuk Menuju Penghujung Minggu Selepas Tempias Mesyuarat ECB

621

US dolar gagal untuk mengukuh dengan dilihat terus mempamerkan prestasi yang suram sepanjang minggu ini dengan tumpuan pelabur akan beralih pula terhadap mesyuarat FOMC pada minggu hadapan.

Penganalisis berpandangan perhatian yang diberikan semula untuk pengetatan dasar yang akan diteruskan oleh Federal Reserve (Fed) berpotensi untuk mencetuskan semula pengukuhan bagi raja mata wang itu.

Selain daripada itu, pelabur juga menantikan penerbitan data pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York malam ini selepas bacaan data yang sama untuk ekonomi UK akan dipantau terlebih dahulu di sesi Eropah sementara pergerakan mata wang Pound masih tidak menentu menuju ke penghujung minggu.

Perkembangan terhadap pilihan raya UK sepertinya mencadangkan Liz Truss berada di landasan untuk mengalahkan Rishi Sunak sebanyak 68% hingga 38% undian dalam penentuan sebagai pegganti jawatan Perdana Menteri seterusnya selepas pengunduran Boris Johnson.

Melihatkan pergerakan harga bagi pasangan mata wang GBP/USD semalam, turun naik harga dilihat agak rancak di sesi New York yang menerima tempias mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) yang meningkatkan kadar faedah kepada 50 mata asas.

Tetapi peningkatan tersebut dilihat terbantut disebabkan oleh pelabur masih lagi berwaspada pada sentimen pasaran semasa yang masih lagi berisiko (risk off).

Harga dilihat pada mulanya membuat penurunan dari paras 1.2000 ke paras 1.18900 sebelum harga kembali semula meningkat ke paras 1.2000 di penghujung sesi New York. Kenaikan harga walau bagaimanapun gagal untuk meneruskan peningkatan untuk menyusut semula pada dagangan yang bersambung pada Jumaat.

Sekiranya harga meneruskan penurunan lebih lanjut pada sesi-sesi terakhir di penghujung minggu ini, harga bakal menguji semula paras tumpuan 1.19400 dan 1.18900 yang menjadi antara zon penting untuk dagangan beberapa minggu ini.

Penurunan lebih rendah harga dilihat akan menuju ke zon support pada 1.18000 pula yang merupakan zon support terendah harga diuji pada minggu lalu selepas penurunan harga ke paras terendah 2 tahun.

Sebaliknya jika harga berjaya meneruskan kenaikan yang lebih tinggi, rintangan pada 1.2000 akan terus diuji sebelum harga yang melanjutkan kenaikan lebih tinggi akan mensasarkan ke paras-paras tumpuan sebelum ini seperti di paras 1.21000 atau seterusnya pada 1.22000.

Lihat pada gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknilkal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat