GBP/USD Berpotensi Catat Paras Terendah 2 Tahun Terbaru Lagi

255

Pasaran mata wang di penghujung minggu dilihat bergerak sedikit mendatar dengan kebimbangan masih terarah kepada risiko kemelesetan ekonomi global.

Kebimbangan semakin meningkat dengan terbitan indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York semalam yang meningkat kepada 1.1% bagi bulan Jun lebih tinggi berbanding daripada jangkaan hanya 0.8% menyusuli data inflasi AS yang melonjak.

Pada sesi New York, indeks dolar berjaya membuat kenaikan terbaru berbanding enam mata wang utama lain mencapai ke paras 109.00.

Gabenor Federal Reserve (Fed) Christopher Waller dilihat cuba untuk meredakan panik dengan memberi kenyataan pasaran terlalu memberi reaksi berlebihan dan menjangkakan kenaikan kadar sebanyak 100 mata asas pada bulan Julai.

Sebaliknya jika data terbaru menunjukkan permintaan tidak cukup perlahan untuk mengurangkan inflasi, beliau akan menyokong untuk peningkatan yang lebih besar. Namun, Waller lebih menyokong untuk kenaikan 75 mata asas pada bulan Julai membawa mereka menjadi neutral.

Sementara itu, mata wang Pound pada sesi Eropah semalam di sokong meningkat selepas terbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) bagi ekonomi United Kingdom (UK) yang melonjak kepada 0.5% pada bulan Mei, jauh lebih baik daripada sebelumnya -0.3%.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, pada dagangan sesi Asia semalam harga bergerak sedikit mendatar namun bersambung pada sesi Eropah harga meneruskan penurunan sekitar 120 pips menguji zon support 1.18000.

Bersambung pada sesi New York pula, dilihat harga membuat sedikit lonjakan semula di penghujung sesi dan cuba untuk mengekalkan momentum bersambung ke sesi Asia pagi ini (Jumaat).

Namun pelabur masih menilai harga bergerak dalam trend bearish apabila pergerakan harga masih berlegar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Sekiranya harga meneruskan kenaikan, harga bakal melepasi halangan MA50 sebelum meneruskan kenaikan yang lebih tinggi untuk menguji pula paras rintangan pada 1.18800.

Lonjakan yang lebih tinggi bakal mendorong harga menuju semula ke zon 1.19400 untuk memberi isyarat perubahan trend bullish kepada pelabur.

Sebaliknya jika harga meneruskan corak penurunan di penghujung minggu, zon support 1.18000 berkemungkinan berjaya dilepasi harga sebelum harga mencatatkan paras terendah terbaru 2 tahun dengan sasaran lebih rendah boleh mencecah sehingga paras 1.16000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat