GBP/USD Berpotensi Cecah 200 Pips Penurunan Jika Breakout Support 1.30000

930

Dagangan Sterling pada penghujung minggu lalu merosot dengan melihatkan pergerakan harga GBP berbanding USD membuat penurunan menguji paras support 1.30000 pada Jumaat.

Perkembangan semasa bagi isu Brexit, Perdana Menteri Theresa May memohon Brussels untuk menangguhkan tarikh akhir Brexit sehingga 30 Jun untuk tempoh persediaan menghadapi pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah.

Pesuruhjaya Eropah, Pierre Moscovici telah meyakinkan bahawa UK tidak akan meninggalkan Kesatuan Eropah tanpa sebarang perjanjian pada 12 April. Laporan ini sedikit mengurangkan ketegangan yang melanda pada isu Brexit dan menyokong dagangan Sterling untuk permulaan dagangan minggu ini.

Pengundi di Britain juga mendesak mahukan pemimpin yang lebih meyakinkan bagi menyelesaikan krisis Brexit yang berlarutan tiga tahun dan berita ini bakal menggugat kedudukan Theresa May.

Sementara USD masih didagangkan positif selepas laporan data pekerjaan NFP pada Jumaat lalu mencatatkan angka yang meningkat pada pertambahan pekerjaan bagi bulan Mac.

Namun, bacaan laporan tersebut agak bercampur berikutan data purata pendapatan di Amerika Syarikat mencatatkan penurunan.

Pada minggu ini, tumpuan pada matawang USD terarah kepada data inflasi di Amerika Syarikat serta minit mesyuarat FOMC.

Dilihat pergerakan harga pada chart GBP/USD, harga telah membuat kenaikan dari paras support 1.30000 yang diuji pada penghujung dagangan minggu lalu selepas harga gagal tembusi paras tersebut.

Harga dilihat berlegar di sekitar paras Magic Pivot 1.3047 pada indicator Moshed Magic Line hari ini. Jika Sterling didagangkan meningkat, harga bakal meneruskan kenaikan menuju ke paras sekitar resistance 1.32000 yang gagal ditembusi minggu lalu dengan mencatatkan sekitar 150 pips pergerakan harga.

Namun, jika harga membuat penurunan semula, paras support 1.3000 bakal diuji kembali dan jika paras tersebut berjaya ditembusi, penurunan harga boleh mencecah sehingga ke paras sekitar support 1.2838 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line dengan potensi sekitar 200 pips penurunan.

Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dagangan.

Paras support: 1.2973, 1.2912, 1.2838.

Paras resistance: 1.3108, 1.3182, 1.3243.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat