GBP/USD Berundur Semula Selepas ‘Test’ Rintangan $1.4000

355

Momentum pengukuhan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD di awal minggu gagal dikekalkan pada dagangan semalam selepas harga pamerkan penurunan semula.

Menepati jangkaan penganalisis untuk harga mencapai paras ketinggian pada paras 1.40000. Namun, menguji paras rintangan tersebut harga kemudian membuat penurunan semula sekitar 80 pips menuju zon RBS (resistance become support) 1.39200.

Faktor penurunan harga didorong oleh penyusutan semula US dolar dalam pasaran berikutan kejatuhan indeks-indeks utama di pasaran Amerika Syarikat (AS) mendorong kembimbangan pelabur terhadap sentimen berisiko pasaran.

Pound juga gagal mengekalkan pengukuhan selepas laporan data pekerjaan UK diterbitkan bercampur. Tuntutan pengangguran dan kadar pengangguran dilihat menurun. Tetapi purata pendapatan pula susut lebih rendah berbanding jangkaan.

Pergerakan harga pada zon RBS 1.39200 akan dinilai dan paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam juga akan memberi petunjuk untuk arah pergerakan selanjutnya.

Sekiranya harga berjaya menyambung semula kenaikan, paras rintangan 1.4000 sekali lagi akan diuji sebelum kenaikan yang diteruskan akan menuju sehingga sekitar 1.41000.

Sebaliknya harga akan terus jatuh lebih rendah sekiranya US dolar kekal kukuh dan memberi tekanan terhadap mata wang Pound.

Penurunan lebih rendah dilihat akan kembali semula ke zon RBS tumpuan minggu lalu pada 1.38000.

Pelabur akan berwaspada untuk dagangan Pound pada awal sesi Eropah hari ini menjelang data inflasi UK yang akan diterbitkan.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat